Melaporkan pencemaran sungai kini mudah dengan APLIKASI INI

Pernahkah anda berada dalam situasi dimana anda terlihat pencemaran sungai yang teruk atau sampah sarap berapungan di sungai dan pada masa yang sama anda ingin mengambil tindakan dengan membuat laporan, TETAPI merasakan proses tersebut renyah?

Jika ya, ketahuilah bahawa ramai orang yang berpendapat sedemikian. Mereka merasakan bahawa agak payah untuk mengisi borang di atas talian; mereka tidak pasti sama ada laporan mereka sudah dibaca atau merasakan bahawa sambungan panggilan telefon adalah terlalu lama. 

Namun, kini terdapat satu aplikasi yang memudahkan anda membuat laporan dengan hanya beberapa klik. Yang menariknya, anda tidak perlu pergi ke tempat pihak berkuasa untuk membuat laporan.

Aplikasi tersebut dipanggil  ROL Citizen’s Eye.

ROL adalah singkatan kepada projek River of Life yang bertujuan untuk mengubah Sungai Klang kepada kawasan pinggir sungai yang rancak dan sesuai didiami dengan nilai ekonomi yang tinggi menjelang tahun 2020. Projek 7 tahun ini dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu Pembersihan Sungai, Pengindahan Sungai dan Pengkomersialan dan Pelancongan. 

Pernahkah anda lihat transformasi di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Bangunan Sultan Abdul Samad?

Sumber Gambar:  Construction+

Usaha transformasi ini adalah sebahagian daripada projek River of Life. Seperti transformasi Sungai Cheonggyecheon yang telah menjadikan Seoul sebagai bandar mesra alam yang berdaya maju, projek ROL juga bertujuan untuk mengikuti langkah tersebut. 

image source: Livemint

via GIPHY

Namun...

Walaupun usaha-usaha pembersihan dan pengindahan sungai telah dijalankan, masih terdapat sampah mengalir di atas Sungai Klang atau manusia membuang sampah ke kawasan persekitaran sungai. 

 

 

 

 

 

 

 

via GIPHY

Mengapakah masih terdapat sikap sebegini?

Sungai adalah milik kita bersama. Jika semua rakyat menjaga sungai, kita akan dapat menikmati alam sekitar yang bersih serta kualiti hidup yang lebih baik dan sihat. Malangnya, hanya segelintir masyarakat yang memahami tentang kepentingan penjagaan sungai, sementara yang lain hanya mengendahkannya. 

Oleh itu, anda sebagai seorang rakyat yang prihatin, aplikasi ROL CItizen's Eye dibina sebagai sebuah platform untuk anda menunjukkan kebimbangan terhadap pencemaran sungai dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa. 

Aplikasi ini merupakan sebuah inisiatif untuk melibatkan anda, rakyat, untuk menjadi mata dalam memastikan sungai kita bersih daripada sebarang perbuatan perncemaran. 

Bagaimanakah Aplikasi ROL Citizen's Eye Berfungsi?

Aplikasi ini dibina untuk memudahkan proses membuat laporan.

Bayangkan anda sedang berjalan bersebelahan sungai dari Pasar Seni ke Masjid Jamek. Semasa berjalan, anda terlihat sampah berapungan dan tersekat pada tebing sungai atau terlihat seseorang membuang sampah ke sungai.

Buka aplikasi ROL Citizen’s Eye yang telah dimuat turun pada telefon bimbit anda,

ambil gambar pencemaran tersebut...

tandakan lokasi

…dan hantar laporan anda.

 

Kemudian, anda akan mendapat sebuah e-mel yang mengatakan bahawa laporan anda telah diterima dan dihantar kepada pihak berkuasa berkenaan.

Anda juga boleh menghantar laporan yang menunjukkan amalan pengurusan sungai yang baik dengan menghantar jenis laporan SYABAS.

Mudah, kan?

 

 

 

 

 

 

 

via GIPHY

Tetapi, aplikasi ini hanya boleh digunakan di kawasan persekitaran sungai di Kuala Lumpur, Ampang Jaya dan Selayang kerana ianya merupakan sebahagian daripada projek ROL. 

Jadi, jika anda terlihat sebarang pencemaran di kawasan-kawasan tersebut, ambil tindakan dengan membuat laporan! Aplikasi ROL Citizen's Eye kini boleh didapati di  App Store dan Google Play

Suka artikel ini? Komen dan kongsi dengan rakan anda.