ROLPOP5 Award - T&C

Terms and Conditions

Please read this terms and conditions (“T&C”) carefully. By joining this Award nomination, you agree to be bound by the T&C regulated by Global Environment Centre and JPS Malaysia (“Organizer”).

1. This Award nomination is open to RIver of Life Public Outreach Programme activities/initiatives located within Phase 5 area. By entering the Award nomination, you warrant that you meet these requirements.

2. To be eligible to join this Award nomination, participants must follow the Award nomination’s instruction and mechanism as stipulated in this T&C. The Award nomination will run from 20 June 2019 until 15 Aug 2019 (“Award nomination Period”)
2.1. Award
nomination Period is subject to change by the Organizer without notice.

3. The following group of persons shall not be eligible to participate in the Award nomination:
3.1. Employees of the Organizer including its affiliated and related companies and their immediate family members (children, parents, brothers and sisters, including spouses); and/or,
3.2. Representatives, employees, servants and/or agents of advertising and/or promotion service providers of Organizer including its affiliated and related companies, and their immediate family members (children, parents, brothers and sisters including spouses).

4. To participate in this Award nomination, participants must:
4.1. Complete the submission by filling in the nomination form. All nominations received outside the Award nomination Period shall automatically be disqualified.
4.2. The Recipient of the Award nomination will be contacted by the Organizer via the email or phone on the 16 September 2019.
4.3. Participants are required to provide correct and valid personal information in order to validate the registration for the Award nomination. Any unclear or incomplete details will make the participation void.

5. The Organizer in its sole discretion, reserves the right to disqualify the submissions without prior notice or explanation.

6. Judging Criteria
6.1. Nominations will be judged by a panel of judges as well as site assessment/interview.
6.2. The Judges’ decision is final.
6.3. The Organizer reserves the right to reject any nomination at its sole and absolute discretion without having to assign any reasons whatsoever.
6.4. The Organizer reserves the right to forfeit prizes for any award winner who is found to provide inaccurate or false details.

7. Winners Announcement
7.1. The winner will be notified on the 16 Sept 2019.
7.2. The Organizer reserves the right to use any other method or medium that it deems fit at its sole and absolute discretion for the purpose of announcing the Award winners.

8. Award Prizes
8.1. The prizes for this Award are as follows.

Local Community, Educational Institutions and General Public (NGOs/NPOs). For each category :
•    Champion  – RM5,000 + Trophy + Certificate  
•    Qualified/Shortlisted Nominees – Trophy + Certificate
 
Industries, Corporations & Developers and Food establishments, Wet Markets and Automobile Workshops.
For each category :
•    Champion  – Trophy + Certificate  
•    Qualified/Shortlisted Nominees – Trophy + Certificate
 
Media:
•    Winner for Individual – RM2,000 + Trophy + Certificate
•    Winner for Print Media  – RM2,000 + Trophy + Certificate
•    Winner for Social Influencer – RM 2,000 + Trophy + Certificate

9. By entering this Award nomination, participants agree to let the Organizer use the personal data provided by the participants to the Organizer for the purpose of the Award nomination and promotional or marketing purpose by the Organizer in future. Nevertheless, all details shared by the winners shall be handled by the Organizer in accordance with Personal Data Protection Act 2010.

10. Disclaimer
10.1. Participants agree that whilst all reasonable care has been taken in providing and maintaining the Award nomination, the Organizer disclaims responsibility for the contents of or information posted by participants on the Award nomination. The Organizer shall not be liable for any direct, indirect, incidental, consequential or punitive damages arising out of the Award nomination, or any inaccuracies, misstatements, errors or omissions in the contents thereof.
10.2. No member, user or third parties are authorised to make any statements, opinions or contributions on behalf of the Organizer.
10.3. The Organizer reserves the right to review and modify these T&C from time to time, without prior written notice.
10.4. Participants are deemed to have accepted the T&C and all revisions and modifications thereto, if any, upon participation in the Award nomination.
10.5. The information participants provide will solely be used for and by the Organizer and will not be sold, transferred, given or shared with any third party
not in any relation to this Award nomination.

Terma dan Syarat

Sila baca terma-terma dan syarat-syarat (“T&S”) pencalonan. Dengan memasuki pencalonan Anugerah ROLPOP5, anda telah bersetuju untuk terikat dengan T&S yang ditetapkan oleh Global Environment Centre (GEC) dan JPS Malaysia (“Penganjur”).

1.    Pencalonan Anugerah ini terbuka kepada aktiviti/inisiatif Sungai Nadi Kehidupan Program Jangkauan Awam di kawasan Fasa 5. Dengan memasuki pencalonan Anugerah ini, anda telah menjamin bahawa anda telah memenuhi kelayakan yang ditetapkan. 

2.    Untuk layak menyertai pencalonan Anugerah ini, para peserta perlu mengikuti arahan dan mekanisme seperti yang ditetapkan dalam T&S. Pencalonan Anugerah ini akan berlangsung dari 20 Jun 2019 hingga 15 Ogos 2019 (“Tempoh Pencalonan Anugerah”)
2.1.    Tempoh Pencalonan Anugerah tertakluk kepada sebarang perubahan oleh Penganjur tanpa notis pendahuluan.

3.    Kumpulan individu berikut adalah tidak layak untuk menyertai pencalonan Anugerah ini:
3.1.    Pekerja Penganjur termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan dan ahli keluarga terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk pasangan); dan/atau
3.2.    Wakil, pekerja, pekhidmat dan/atau agensi pengiklanan dan/atau pekhidmat servis promosi Penganjur termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan dan ahli keluarga terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk pasangan).

4.    Untuk menyertai pencalonan Anugerah ini, peserta perlu:
4.1.    Lengkapkan penyerahan dengan mengisi borang pencalonan. Pencalonan yang diterima bukan dalam tempoh pencalonan akan disingkirkan secara automatik. 
4.2.    Penerima pencalonan Anugerah ini akan dihubungi oleh Penganjur melalui e-mel atau telefon pada 16 September 2019.
4.3.    Peserta perlu menyediakan maklumat peribadi yang lengkap dan tepat untuk mengesahkan pendaftaran untuk pencalonan Anugerah. Sebarang maklumat yang tidak lengkap atau jelas akan menyebabkan penyertaan tidak sah.

5.    Penganjur mengikut budi bicara mutlaknya, berhak membatalkan penyertaan tanpa notis atau penjelasan terlebih dahulu.

6.    Kriteria Penilaian
6.1.    Pencalonan akan dinilai oleh panel hakim serta melalui penilaian tapak/temuduga.
6.2.    Keputusan panel hakim adalah muktamad.
6.3.    Penganjur berhak untuk menolak mana-mana pencalonan mengikut budi bicara mutlak tanpa sebarang penjelasan.
6.4.    Penganjur berhak untuk melucutkan hadiah untuk pemenang yang didapati telah menyediakan maklumat palsu atau tidak tepat. 

7.    Pengumuman pemenang
7.1.    Pemenang akan diberitahu pada 16 September 2019.
7.2.    Penganjur berhak untuk menggunakan kaedah atau medium yang dianggap sesuai dibawah budi bicara mutlak untuk tujuan pengumuman pemenang Anugerah.

8.    Hadiah Anugerah
8.1.    Hadiah bagi Anugerah ini adalah seperti berikut:

Komuniti setempat, Institusi pendidikan dan NGO/NPO. Untuk setiap category:
•    Juara – RM5,000 + Trofi + Sijil
•    Calon yang layak (senarai pendek) – Trofi +Sijil

Industri, Korporat & Pemaju dan Pengendali makanan, Pasar basah & Bengkel kereta. Untuk setiap kategori:
•    Juara – Trofi + Sijil
•    Calon layak (senarai pendek) – Trofi + Sijil

Media:
•    Juara Individu – RM2,000 + Trofi + Sijil
•    Juara Media Cetak  – RM2,000 + Trofi + Sijil
•    Juara Pengaruh Sosial – RM 2,000 + Trofi + Sijil

9.    Dengan menyertai pencalonan Anugerah ini, peserta telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan maklumat peribadi yang telah disediakan oleh peserta kepada Penganjur untuk tujuan pencalonan Anugerah dan tujuan promosi atau pemasaran oleh Penganjur pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, semua butiran maklumat yang disediakan oleh pemenang akan diuruskan oleh Penganjur mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 

10.    Penafian
10.1.    Peserta bersetuju bahawa sementara segala tindakan penjagaan yang berpatutan dalam  menyediakan dan mengekalkan pencalonan Anugerah ini telah dilaksanakan, Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan atau informasi yang telah dipaparkan oleh peserta pencalonan Anugerah ini. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan yang berbangkit samada secara langsung, tidak langsung, bersampingan, berbangkit atau punitif daripada pencalonan Anugerah, atau sebarang ketidaktepatan, salah nyata, kesilapan atau ketinggalan di dalam kandungan. 
10.2.    Tiada ahli pengguna atau pihak ketiga dibenarkan untuk membuat sebarang kenyataan, pendapat atau sumbangan bagi pihak Penganjur. 
10.3.    Penganjur berhak untuk semak dan mengubah suai T&S dari semasa ke semasa, tanpa notis tertulis terlebih dahulu.
10.4.    Peserta yang menyertai pencalonan Anugerah ini adalah dianggap sudah menerima T&S dan segala pengubahsuaian yang dilakukan, jika ada.
10.5.    Maklumat yang disediakan peserta akan hanya digunakan untuk dan oleh Penganjur dan tidak akan dijual, dipindah, diberi atau dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga yang tiada kaitan dengan pencalonan Anugerah ini.