LIMA Usaha Kreatif Kitar Semula di Seluruh Dunia

Sehingga Ogos 2018, Bumi adalah rumah kepada lebih 7.6 bilion penduduk. Populasi ini menghasilkan sejumlah besar sampah sebanyak 2.12 bilion tan setahun. Di Malaysia sahaja, kita menghasilkan kira-kira 38,000 tan metrik sampah setiap hari.

Tiada cara lain untuk menangani pengeluaran besar-besaran ini kecuali kita menggunakan semula apa yang telah dihasilkan.

Mari pelajari 5 inisiatif kitar semula di seluruh dunia yang menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula.

1.    Sebuah pusat membeli-belah yang menjual barangan kitar semula dan penggunaan semula di Sweden

Imej melalui  ReTuna Återbruksgalleria

Pusat membeli belah tersebut bernama ReTuna Återbruksgalleria yang terletak di bandar Eskilstuna Sweden. Ia digelar sebagai pusat membeli-belah yang pertama di dunia yang menyempurnakan, membaiki dan mengubah barang-barang lama kepada barang yang baru, dan kemudiannya dijual.
 
Ia telah beroperasi selama hampir 4 tahun dan terus menerima sambutan yang positif dari pengunjung tempatan. Hampir kesemua barang yang disumbangkan oleh penduduk tempatan dapat dijual dengan harga yang lebih murah.

Sehingga kini, terdapat 13 buah kedai yang menjual barangan terpakai terdiri daripada pakaian, kelengkapan perabot, perabot, buku, peralatan aktiviti lasak, produk haiwan peliharaan, alat elektronik dan banyak lagi.

2.    Mesin kitar semula yang memberi makanan dan minuman kepada haiwan jalanan di Istanbul, Turki

Imej melalui Imgur

Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan kemesraan terhadap anjing dan kucing jalanan, inovasi oleh Pugedon ini jelas mencerminkan imej mereka. 

Mesin kitar semula yang unik ini tidak hanya menyelesaikan 2 masalah; ia juga dijana melalui panel solar yang menunjukkan ia juga mesra alam.

Setiap kali seseorang membuang botol kosong PET, botol kaca dan tin ke dalam mesin kitar semula ini, sejumlah makanan haiwan dan air akan dituangkan ke dalam mangkuk yang tersedia di mesin tersebut.

3.    Permainan arked untuk botol kitar semula di Jerman

https://www.youtube.com/watch?v=zSiHjMU-MUo

Pengeluar kereta Jerman, Volkswagen dan DDB Stockholm (agensi pengiklanan) telah memulakan kempen Teori Fun untuk menunjukkan kepada orang ramai "apa yang akan berlaku apabila membuat pilihan adalah sesuatu yang menyeronokkan?"

Apa yang mereka lakukan? Mereka menukarkan tong kitar semula untuk botol menjadi sebuah permainan arked lengkap dengan kesan bunyi, mata skor dan konsol. Permainannya mudah - cari saiz lubang yang paling sesuai dengan botol yang ingin anda kitar semula.

Apakah hasilnya? Dalam tempoh masa yang sama, permainan arked yang telah diubahsuai ini digunakan lebih daripada 100 orang manakala tong konvensional hanya digunakan oleh 2 orang sahaja.

4.    Percuma 'Olipot' untuk mengitar semula minyak masak di Barcelona, Sepanyol

Imej melalui Tree Hugger

Minyak masak tidak larut di dalam air dan jika dibuang ke dalam singki atau tandas, ia akan menyebabkan paip tersumbat dan mengurangkan keupayaan rawatan air.

Untuk mengurangkan kerosakkan, majlis bandar raya Barcelona memasang "puntos verdes” - titik hijau - di semua bahagian bandar dan penduduk boleh membuang semua jenis sisa minyak masak mereka termasuk minyak soya, bunga matahari, sayuran, atau zaitun.

Mereka juga memperkenalkan dan mengagihkan Olipot secara percuma sejak tahun 2010. Olipot benar-benar membuatkan usaha mengitar semula minyak masak terpakai lebih mudah; anda boleh menggunakannya untuk menyimpan dan membuang minyak masak terpakai di "puntos verdes” yang telah dilengkapi dengan sistem penapis untuk memisahkan sisa makanan dari minyak masak.

Setelah dikumpulkan, minyak masak terpakai tersebut akan ditukar menjadi biodiesel.

5.    Kad pintar yang menukar barangan kitar semula menjadi wang di Malaysia

Imej melalui E-Idaman

Malaysia menghasilkan 38,000 tan metrik sisa sampah setiap hari. Daripada jumlah tersebut, hanya 24% akan dikitar semula manakala baki 76% dibuang ke tempat pembuangan sampah.

Untuk mengurangkan kebergantungan pada tapak pelupusan sampah dan menggalakkan pendekatan 4R2C (Rethink, Reduce, Reuse, Recycle, Composting and Closing the loop), Global Environment Center (GEC) bekerjasama dengan Cenviro SDN BHD untuk mempromosikan amalan kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimana? Cenviro bersama-sama dengan MyKasih Foundation memulakan program Recycle for Life yang menukarkan sampah terkumpul menjadi wang tunai melalui kad pintar. Individu dan organisasi boleh mendapatkan kad pintar tersebut dan nilai tunai untuk setiap berat sampah yang terkumpul akan dikreditkan ke kad pintar mereka.

Program ini menerima barang kitar semula seperti kertas, plastik, aluminium, keluli dan sisa elektronik.

Suka artikel ini? Komen dan kongsi dengan rakan anda.