Bagaimana korporat dapat bantu selamatkan sungai kita?

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendedahkan sepertiga daripada populasi dunia kini sedang tinggal di kawasan kekurangan air dan pada tahun 2030, dianggarkan hampir separuh populasi dunia akan tinggal kawasan kekurangan air. Malaysia juga TIDAK TERKECUALI.

Setiap pihak berkepentingan, masyarakat dan kerajaan harus melibatkan diri dalam menyelamatkan sungai kita termasuklah badan-badan korporat. Jadi, bagaimana korporat dapat bantu selamatkan sungai kita?

  1. Conduct CSR activities with local communities. Melakukan aktiviti CSR  bersama komuniti setempat

  2. Menjadi rakan kongsi program Recycle for Life untuk mengitar semula bahan buangan. Sistem ‘beli balik’ RFL merujuk kepada pertukaran antara barangan kitar semula dengan nilai mata wang melalui kad pintar RFL.

  3. Menyumbang dana untuk inisiatif penjagaan sungai .

  4. Mengamalkan penggunaan air yang jimat di pejabat. Tonton video ringkas ini untuk mengetahui cara-cara memasang alat Thimble.

  5. Menyumbang kepada Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan

Baca artikel di bawah.


Sungai adalah sumber air tawar utama untuk rakyat Malaysia. Persekitaran air tawar yang baik dapat membekalkan air untuk minuman, tanaman, pembuatan, tenaga dan pengangkutan untuk manusia dan hidupan liar. Dalam erti kata lain, air adalah sangat diperlukan dalam hampir semua aspek kehidupan.

Namun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendedahkan dalam laporan bertajuk “Human Development Report” bahawa sepertiga daripada populasi dunia kini sedang tinggal di kawasan kekurangan air dan pada tahun 2030, dianggarkan hampir separuh populasi dunia akan tinggal kawasan kekurangan air.

Malaysia juga tidak terkecuali. Kita sedang menghala kearah krisis air disebabkan oleh permintaan air yang semakin meningkat melebihi bekalan, pengurusan lembangan sungai yang lemah dan perubahan iklim, terutamanya kemarau berkaitan dengan El Nino yang semakin intensif serta populasi yang semakin meningkat.

Bersama dengan isu-isu alam sekitar yang lain, isu kekurangan air harus menjadi salah satu kebimbangan utama. Oleh itu, setiap pihak berkepentingan, masyarakat dan kerajaan harus melibatkan diri dalam menyelamatkan sungai kita termasuklah badan-badan korporat.

Bagaimanakah korporat di Malaysia dapat bantu menyelamatkan sungai kita?

1.   Melakukan aktiviti CSR  bersama komuniti setempat

Komuniti setempat adalah kumpulan yang dekat dengan lembangan sungai kita. Korporat boleh menyumbang dari segi kewangan kepada komuniti setempat untuk melakukan inisiatif pemeliharaan sungai.

Contohnya, pada 23 Ogos 2017, seramai 500 komuniti daripada Kampung Kasipillay dan pekerja daripada Maybank Risk Assessment Group telah bergabung membersihkan Sungai Batu.

Antara aktiviti yang mereka lakukan termasuklah membersihkan sepanjang 800m sungai tersebut dan sistem perparitan, mengindahkan laluan pejalan kaki, mencantikkan selusur serta pendidikan dan pemantauan sungai.

2.    Menjadi rakan kongsi program Recycle for Life untuk mengitar semula bahan buangan

 

Recycle for Life (RFL)  merupakan sebuah inisiatif oleh Cenviro Sdn Bhd dan Yayasan MyKasih demi menggalakkan lebih ramai orang awam untuk mengitar semula bahan buangan dan mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sampah.

Sistem ‘beli balik’ RFL merujuk kepada pertukaran antara barangan kitar semula dengan nilai mata wang melalui kad pintar RFL.

Inisiatif ini mengalu-alukan badan-badan korporat untuk menjadi rakan kongsi mereka. Pekerja dan syarikat boleh mendaftar untuk mendapatkan kad pintar tersebut malah mangaturkan jadual masa dan hari untuk pihak RFL datang dan mengambil bahan buangan kitar semula tersebut.

 

 

Foto dari E-Idaman

3.    Menyumbang dana untuk inisiatif penjagaan sungai

Inisiatif penjagaan sungai secara amnya memerlukan kos yang tinggi dan selalunya dijalankan oleh organisasi bukan berkeuntungan yang penubuhannya khusus untuk alam sekitar. Badan korporat boleh menyumbang kepada dana organisasi-organisasi tersebut untuk membolehkan mereka melakukan aktiviti penjagaan sungai yang lebih baik dari segi kualiti dan kuantiti.

Sebagai contoh, Global Environment Centre (GEC) merupakan sebuah NGO bukan berkeuntungan di Malaysia yang menjalankan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Mereka beroperasi berdasarkan projek-projek yang disokong oleh CSR badan-badan korporat. Melalui sokongan berbentuk dana tersebut, GEC dapat melakukan pelbagai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dengan kumpulan komuniti setempat dan agensi tempatan.

Sumbangan dana ini tidak terhad terhadap NGO sahaja. Contohnya, di bawah Projek Sungai Nadi Kehidupan Program Jangkauan Awam Fasa 1 (ROLPOP1), penduduk Rumah Pangsa AU2 menubuhkan Jawatankuasa Rukun Tetangga AU2 dan bergerak aktif dalam menganjurkan program kesedaran dan keupayaan dalam kitar semula dan sungai angkat. Contohnya adalah penubuhan Kebun Komuniti AU2.

Maybank Group Risk sedar akan komitmen yang ditunjukkan oleh komuniti ini. Mereka menubuhkan kerjasama dengan dengan komuniti tersebut dan memberi sokongan dari segi kewangan yang membolehkan komuniti tersebut menganjurkan aktiviti bulanan seperti pemantauan sungai, kebun urban dan gotong-royong.

4.    Mengamalkan penggunaan air yang jimat di pejabat

Salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan air dan jimatkan bil air anda adalah dengan memasang Thimble pada pili air dan hos paip. Thimble adalah sebuah alat penjimatan air yang dapat mengurangkan aliran sebanyak 30% tanpa mempengaruhi tekanan air. Tonton video ringkas ini untuk mengetahui cara-cara memasang alat Thimble.

Antara cara lain adalah dengan memasang tanda peringatan sekitar pejabat atau mengedarkan bahan kesedaran mengenai kepentingan penjimatan air. Secara tidak langsung, ia dapat menjadi peringatan berterusan untuk pekerja dan memperbaiki tingkah laku mereka dalam penggunaan air.

Foto dari  EdgeProp

5.    Menyumbang kepada Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan

Tabung Penjagaan Sungai Kebangsaan (NRCF) merupakan sebuah inisiatif oleh Global Environment Centre (GEC) di bawah program kebangsaan jangka panjang sebagai sebahagian daripada komitmen GEC untuk menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang berminat untuk menjaga alam sekitar dan sungai. Kumpulan tersebut termasuklah persatuan penduduk (RA), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), JKKK, organisasi bukan berkeuntungan, institusi pengajian dan kumpulan yang berminat dalam mengadakan projek berkenaan penjagaan sungai dan air.

Objektif utama NRCF adalah untuk membangunkan dan menggalakkan masyarakat awam yang mempunyai keupayaan untuk menyumbang dan menunjukkan amalan pengurusan terbaik Penjagaan Sungai di Malaysia.

Badan-badan korporat adalah dialu-alukan untuk menyumbang dana kepada projek ini dan segala sumbangan dapat ditolak cukai secara penuh.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sungai mungkin tidak terlibat dengan kita secara langsung namun sungai adalah sumber air kita dan air terlibat dalam hampir semua aspek kehidupan seperti aktiviti seharian kita yang memerlukan penggunaan air. Oleh itu, adalah sangat penting untuk semua pihak berkepentingan untuk mengambil langkah dalam menjaga sungai kita, samada langkah kecil atau langkah besar.

Disamping itu, GEC sebagai agensi pelaksana ROLPOP5 memanggil semua badan korporat yang berminat untuk mengambil inisiatif penjagaan sungai terutamanya di kawasan projek Sungai Nadi Kehidupan untuk bekerjasama. Sila hubungi Cik Tsia Mun Kaik di talian +603 7957 2007 atau emel ke tsiamunkaik@gec.org.my

 

Sukakan artikel ini? Komen dan kongsikan dengan rakan anda.