Kebun Komuniti Urban Mutiara Magna ibarat penyelamat kepada komuniti ketika PKP

Penularan wabak koronavirus telah memberi kesan yang besar terhadap kita semua. Tindakan wajar kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani penularan virus tersebut, telah sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti terutamanya mengenai bekalan makanan. 

Namun, keadaan ini berbeza untuk komuniti Mutiara Magna, dimana terdapat kebun komuniti bersaiz satu hektar yang digambarkan sebagai penyelamat kepada mereka dalam situasi yang sukar ini. Kebun komuniti tersebut telah membantu mereka yang mengalami kesukaran dengan menyediakan sayuran segar seperti pegaga dan bok choy.

 

Bayam Brazil daripada hasil tanaman 

Kebun Komuniti Urban Mutiara Magna merupakan sebuah kebun sayuran yang terletak di tebing Sungai Keroh di Kepong. Dimulakan pada tahun 2019, kebun komuniti tersebut dikendalikan oleh Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Mutiara Magna dibawah River of Life Public Outreach Programme Phase 5 (ROLPOP5). Sebelum ini, keadaan kawasan kebun komuniti tersebut kotor, tidak terjaga dan dipenuhi semak samun serta dijadikan sebagai tempat letak kereta dan bengkel kereta tanpa kebenaran. 

“Walaupun tak banyak, namun masih dapat membantu kelangsungan keluarga-keluarga yang terkesan pendapatannya semasa perlaksanaan PKP,” kata Zuredisham Zulkefli yang bertanggungjawab terhadap kebun komuniti tersebut dan pengedaran hasil tanaman sayuran. 

Tambah beliau, “Dengan penutupan pasar malam dan pasar pagi di tepi jalan akibat perlaksanaan PKP, adalah sukar untuk kami mendapatkan sayur-sayuran segar. Kebun komuniti tersebut ibarat penyelamat kepada kami.”

Di Lembah Klang, bekalan sayuran ke pasar borong dan pasar basah terjejas akibat tenaga kerja yang terhad dan pasar-pasar hanya dapat dibuka pada waktu yang terhad sebagai usaha menangani penularan virus COVID-19. 

Dr. K. Kalithasan, Pengurus Projek ROLPOP5 dan juga pakar dalam pengurusan sungai dan sisa daripada Global Environment Centre (GEC) berkata, “Idea penanaman kebun komuniti urban berdekatan dengan sungai adalah untuk mewujudkan ekosistem yang dapat menjalinkan semula hubungan antara komuniti dan sungai yang akhirnya akan memupuk sikap pemilikan untuk menjaga sungai kita.

Peningkatan positif keadaan Sungai Keroh dengan berkurangnya sisa pepejal semasa perlaksanaan PKP

Pandemik COVID-19  yang telah menyebabkan perlaksanaan PKP di negara menekankan kepentingan bekalan makanan yang terjamin. Kebun komuniti atau kebun dengan tanaman yang boleh dimakan dilihat sebagai salah satu cara untuk menangani kekurangan bekalan makanan selain daripada membina komuniti ynag berdaya tahan dan masyarakat yang mempunyai jalinan dengan alam sekitar.”

Beliau berharap bahawa agensi kerajaan dan sektor swasta dapat menggalakkan dan menyokong lebih banyak komuniti untuk membina kebun komuniti di sepanjang tebing sungai sebagai usaha untuk menggalakkan penghasilan makanan tempatan dan menyediakan bantuan jika terdapat gangguan bekalan makanan. Usaha ini juga digalakkan untuk tujuan menjaga dan memelihara sungai serta menggalakkan masyarakat untuk menjadi mata dalam memantau kesihatan sungai mereka. 

Terdapat tiga kebun komuniti yang telah bejaya ditubuhkan dibawah program ROLPOP oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia iaitu Kebun Komuniti AU2, Kebun Komuniti Seri Terengganu dan Kebun Komuniti Mutiara Magna. Di kawasan urban, kosong, halaman belakang, atas bumbung bangunan boleh ditukarkan menjadi kawasan kebun untuk penanaman makanan dalam mewujudkan kelangsungan komuniti dan menjalinkan semula hubungan dengan alam sekitar.

Laluan masuk ke dalam kebun
Tanaman timun di teralis
Antara pelbagai hasil tanaman oleh komuniti  

Oleh Global Environment Centre - 14 May 2020